Enable job alerts via email!
Boost your interview chances
Align Pest Control di Kota Kinabalu, sedang mencari seorang Senior Pest Control Technician yang bertanggungjawab dan berkemahiran. Pemohon perlu mempunyai Lesen PAL/APAL yang sah dan sekurang-kurangnya SPM atau Diploma Lanjutan. Tugas termasuk memimpin pasukan juruteknik, menyelia kerja dan menjalankan perkhidmatan kawalan makhluk perosak di lokasi pelanggan. Peluang untuk kenaikan pangkat dan latihan profesional disediakan.
JAWATAN KOSONG: SENIOR PEST CONTROL TECHNICIAN
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
Syarikat: Align Pest Control
Alamat pejabat: ANGCO Industrial Park, Jalan Bypass Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah
Kami di Align Pest Control sedang mencari calon yang bertanggungjawab, berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Teknikal Kawalan Makhluk Perosak (sepenuh masa).
________________________________________
Tanggungjawab:
1. Menjadi ketua pasukan dan memimpin juruteknik lain untuk melaksanakan tugasan dengan berkesan.
2. Menyelia kerja juruteknik lain serta turut sama menjalankan kerja kawalan makhluk perosak secara langsung.
3. Melaksanakan perkhidmatan kawalan makhluk perosak di tempat pelanggan (kediaman, komersial dan perindustrian).
4. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah perosak secara profesional.
5. Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.
6. Menyediakan laporan perkhidmatan serta menghantar invois dan membuat kutipan bayaran.
7. Mematuhi semua SOP dan peraturan keselamatan kerja.
________________________________________
Kelayakan:
1.Mempunyai Lesen PAL/APAL yang sah adalah wajib untuk jawatan ini.
2. Warganegara Malaysia.
3. Memiliki sekurang-kurangnya SPM/Diploma Lanjutan dalam sebarang bidang (mesti mempunyai latar belakang teknikal).
4. Mempunyai lesen memandu sah kategori D.
5. Boleh memandu kenderaan syarikat (van/kereta).
6. Lelaki Sahaja.
7. Wajib menghadiri latihan dan memperoleh lesen Pesticide Applicator selepas menyertai syarikat.
8. Kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.
9. Boleh bekerja secara berdikari dan juga dalam pasukan.
________________________________________
Waktu Bekerja:
• Isnin - Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
• Sabtu: 8.00 pagi – 1.00 petang
• Bekerja secara syif, on-call dan hujung minggu bila diperlukan
________________________________________
Faedah:
• Tuntutan semula bayaran telefon
• Peluang kenaikan pangkat
• Latihan Professional
________________________________________
Elaun & Ganjaran Tambahan:
• Elaun Outstation
• Bayaran kerja lebih masa (overtime)
• Bonus tahunan