Enable job alerts via email!
Boost your interview chances
Create a job specific, tailored resume for higher success rate.
Sebuah syarikat yang inovatif sedang mencari Sales Specialist untuk membantu individu dalam merancang perlindungan kewangan melalui produk Takaful. Dalam peranan ini, anda akan menerima latihan menyeluruh dan sokongan untuk menjadi pakar dalam bidang kewangan perlindungan. Anda akan berpeluang untuk membina rangkaian pelanggan yang luas dan menjalankan sesi konsultasi secara bersemuka atau dalam talian. Dengan komisen tanpa had dan peluang kenaikan pangkat, ini adalah peluang yang menarik untuk mereka yang berminat dalam jualan dan perkhidmatan pelanggan.
Jawatan: Sales Specialist (Takaful & Financial Protection)
Lokasi: [Bandar Sri Sendayan]
Jenis: Sepenuh Masa / Sambilan / Freelance
Pendapatan: RM3,000 – RM10,000+ (Berdasarkan Prestasi)
Deskripsi Tugas:
Sebagai Sales Specialist, anda akan memainkan peranan penting dalam membantu individu dan keluarga merancang perlindungan kewangan yang kukuh melalui produk-produk Takaful. Anda akan diberi latihan komprehensif dan sokongan penuh untuk menjadi pakar dalam bidang kewangan perlindungan.
Tanggungjawab:
• Memberi khidmat nasihat berkenaan penyelesaian perlindungan kewangan dan perancangan Takaful.
• Menganalisis keperluan pelanggan dan mencadangkan pelan yang sesuai.
• Membina dan mengembangkan rangkaian pelanggan melalui pelbagai platform (online & offline).
• Menjalankan sesi konsultasi secara bersemuka atau maya.
• Menyediakan susulan (follow-up) dan khidmat pelanggan secara berterusan.
• Mengambil bahagian dalam latihan dan pembangunan kendiri.
Kelayakan:
• Umur 21 tahun ke atas.
• Minimum SPM, tetapi Diploma/Degree satu kelebihan.
• Mempunyai minat dalam bidang jualan, perundingan atau perkhidmatan pelanggan.
• Boleh bekerja secara bebas & berpasukan.
• Personaliti yang positif, berdisiplin dan suka belajar.
• Tiada pengalaman? Latihan disediakan!
Kelebihan:
• Komisen tanpa had.
• Bonus dan reward trip menarik.
• Masa kerja fleksibel.
• Peluang kenaikan pangkat & pengiktirafan.
• Bimbingan dan sistem sokongan lengkap disediakan.