Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Sebuah syarikat terkemuka di Malaysia mencari 'Pegawai Jualan' untuk menyokong dan melatih para reseller. Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk memastikan para reseller aktif dan menjana jualan melalui strategi berkesan. Anda akan berinteraksi secara langsung dengan para reseller, memberikan bimbingan, dan menganalisis prestasi jualan untuk mencapai kejayaan bersama.
Memastikan reseller sedia ada terus kekal aktif dan menyumbang secara konsisten kepada hasil jualan syarikat dengan memberi sokongan, bimbingan, dan strategi yang berkesan.
Memastikan reseller yang sedia ada membuat pembelian setiap bulan.
Mengenal pasti reseller yang berisiko tidak aktif dan mengambil tindakan awal.
Menjadi pegawai rujukan utama untuk reseller (first point of contact).
Menyalurkan maklumat produk, promosi dan info terkini dengan pantas dan jelas.
Merancang dan melaksanakan strategi pengekalan reseller setiap bulan.
Menyusun program seperti ganjaran jualan, cabutan bertuah, atau sistem ranking.
Menyemak dan memantau jumlah jualan setiap reseller secara mingguan/bulanan.
Memberi cadangan atau bimbingan kepada reseller untuk capai target.
Latihan & Bimbingan
Menyediakan sesi bimbingan atau latihan (online/offline) untuk bantu reseller lemah.
Menyediakan laporan ringkas mingguan dan laporan penuh bulanan berkaitan prestasi jualan reseller.
Menganalisis data dan mencadangkan langkah penambahbaikan.
Koordinasi Dalaman
Berkomunikasi dengan pasukan HQ lain seperti pemasaran dan operasi untuk melancarkan program reseller.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
Mampu mengurus ramai reseller dalam satu masa.
Fasih dalam strategi jualan secara online (WhatsApp, FB, IG).
Proaktif, sabar dan komited membantu reseller capai kejayaan.