Get more replies from employers
Send a job-specific resume in minutes.
Anda akan bekerjasama dengan bahagian pengeluaran, Food Technologist, gudang dan pihak pengurusan bagi menyelesaikan isu kualiti produk dan memastikan pematuhan terhadap SOP, GMP, HACCP serta keperluan keselamatan makanan.
Memastikan kualiti bahan mentah, produk separuh siap dan produk siap mematuhi standard yang telah ditetapkan.
Menjalankan pemeriksaan dan pemerhatian terhadap proses pengeluaran bagi memastikan prosedur, spesifikasi produk dan SOP dipatuhi.
Menjalankan pemeriksaan terhadap bahan mentah yang diterima termasuk keadaan, kuantiti, spesifikasi, tarikh luput dan kualiti bahan.
Membuat pemeriksaan produk dari segi berat, saiz, rupa, warna, tekstur, rasa dan parameter kualiti yang berkaitan.
Mengenal pasti produk atau bahan yang tidak memenuhi spesifikasi dan mengasingkan produk tersebut untuk tindakan lanjut.
Merekod dan menyediakan laporan pemeriksaan QC, ketidakpatuhan (Non-Conformance) dan tindakan pembetulan yang diperlukan.
Memantau suhu penyimpanan, suhu produk, proses memasak, penyejukan dan parameter lain yang berkaitan dengan keselamatan makanan.
Bekerjasama dengan Production, Food Technologist, Warehouse dan Management dalam menyelesaikan isu berkaitan kualiti produk.
Memantau pematuhan terhadap SOP, GMP, HACCP dan keperluan keselamatan makanan yang berkaitan.
Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berkala bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah konsisten dari segi kualiti dan keselamatan.