Jawatan: Operator Pengeluaran
Kelayakan:
- Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah dan bekerja dengan teliti.
- Boleh bekerja secara berdikari dan juga dalam pasukan.
Tanggungjawab:
Membantu pengeluaran produk iaitu Compacted Fertiliser yang memenuhi spesifikasi dan kriteria yang telah ditetapkan dari segi fizikal dan nutrisi.
Operasi
- Memastikan penggunaan bahan mentah untuk setiap kumpulan (raw materials per batch) mencukupi berdasarkan keperluan.
- Mengawal kelembapan produk dari poin injap yang telah dipasang dalam sistem proses.
- Membaik pulih dan membersihkan bahagian dalaman Compaction machines supaya tidak tersumbat dengan ketulan-ketulan baja.
- Menjaga lapangan kerja dan mengawal buruh am yang terlibat.
- Mengambil sampel baja di poin percontohan untuk setiap batch.
- Menghantar sampel terkumpul untuk analisis di makmal setiap 4 jam.
- Membersihkan tumpahan bahan di bawah conveyors, chutes dan mesin.
- Menjaga dan mengamalkan pengemasan setiap peralatan di bawah jagaan masing-masing.
Keselamatan
- Mengutamakan keselamatan sewaktu menjalankan tugas dan tidak membahayakan orang lain.
- Membuat laporan kepada Penyelia berkenaan apa-apa kondisi yang tidak selamat atau berisiko membahayakan pekerja di kawasan lapangan.
- Sentiasa memakai Personal Protective Equipment (PPE) di tempat kerja.
Catatan: Cuti Tahunan disediakan sesuai dengan peraturan syarikat.