Enable job alerts via email!
Sebuah syarikat keselamatan lebuhraya mencari calon untuk jawatan Polis Bantuan-Peronda Lebuhraya. Tanggungjawab termasuk rondaan keselamatan dan pemberian pertolongan cemas. Kelayakan minimum termasuk Diploma/SPM dengan lima matapelajaran. Lesen memandu E dan GDL adalah keutamaan. Calon perlu sihat dan menghormati tatacara berpakaian yang ditetapkan.
Membuat rondaan di sepanjang lebuhraya termasuk susur masuk dan keluar untuk mengenalpasti kesesakan, kenderaan bermasalah, kemalangan , halangan atau kecacatan pada bahagian lebuhraya.
Memberi pertolongan cemas dalam keadaan yang memerlukan di mana tiada pihak penyelamat yang berhampiran.
Menguruskan dan mengawal perlaksanaan lencongan serta membuat kawalan lalulintas bila keadaan memerlukan.
Menangani kes-kes kemalangan dan memastikan semua langkah keselamatan diambil bila berlaku kemalangan.
Menjadi penghubung yang menyampaikan maklumat antara pengguna, pusat kawalan atau pihak lain di lapangan.
Warganegara Malaysia
Diploma / STPM / SPM atau kelayakan yang setaraf. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lima (5) matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah.
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu E dan GDL yang sah.
Diwajibkan untuk menghadiri latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama 63 hari.
Pemohon yang mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan digalakkan untuk memohon jawatan ini.
Tiada masalah penglihatan (rabun jauh / dekat / warna) dan masalah kesihatan (mental / fizikal) serta kecacatan anggota.
Calon-calon yang hadir hendaklah berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat.
Calon-calon juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan (panjang & berwarna gelap) dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.
Calon-calon hendaklah berada dalam keadaan sihat tubuh badan dan di dalam keadaan yang bersedia semasa menjalani ujian kecergasan.
Pihak PROLINTAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau apa-apa kesan selepas menjalani ujian kecergasan.
Hanya calon-calon yang hadir sebelum jam 9.00 pagi sahaja dibenarkan menghadiri sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.
Calon-calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri sesi temuduga pada hari yang sama jika melepasi syarat – syarat yang ditetapkan oleh pihak PDRM.
Calon-calon yang mempunyai Sijil Kursus Asas Polis Bantuan atau Sijil Pelantikan Polis Bantuan digalakkan untuk memohon jawatan ini.