JAWATAN KOSONG: TEKNIKAL KAWALAN MAKHLUK PEROSAK (2 KEKOSONGAN)
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah
Syarikat: Align Pest Control
Alamat pejabat: ANGCO Industrial Park, Jalan Bypass Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah
Kami di Align Pest Control sedang mencari calon yang bertanggungjawab, berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Teknikal Kawalan Makhluk Perosak (sepenuh masa).
Tanggungjawab:
- Melaksanakan perkhidmatan kawalan makhluk perosak di tempat pelanggan (kediaman, komersial dan perindustrian).
- Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah perosak secara profesional.
- Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan.
- Menyediakan laporan perkhidmatan serta menghantar invois dan membuat kutipan bayaran.
- Menjaga peralatan dan memastikan kenderaan syarikat sentiasa dalam keadaan baik.
- Mematuhi semua SOP dan peraturan keselamatan kerja.
Kelayakan:
- Lelaki Sahaja (Umur 18-33).
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM/Diploma Lanjutan dalam sebarang bidang (mesti mempunyai latar belakang teknikal).
- Mempunyai lesen memandu sah kategori D.
- Boleh memandu kenderaan syarikat (van/kereta).
- Lesen PAL/APAL adalah satu kelebihan (diberi keutamaan).
- Wajib menghadiri latihan dan memperoleh lesen Pesticide Applicator selepas menyertai syarikat.
- Kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.
- Boleh bekerja secara berdikari dan juga dalam pasukan.
- Graduan baharu digalakkan memohon.
Waktu Bekerja:
- Isnin - Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu: 8.00 pagi – 1.00 petang
- Bekerja secara syif, on-call dan hujung minggu bila diperlukan
Faedah:
- Tuntutan semula bayaran telefon
- Peluang kenaikan pangkat
- Latihan Professional
Elaun & Ganjaran Tambahan:
- Elaun Outstation
- Bayaran kerja lebih masa (overtime)
- Bonus tahunan
Sila hubungi kami melalui emel di dan WhatsApp +6.