Get a reply from this employer — a resume and cover letter tailored to exactly what they’re hiring for.
GD Express sedang mencari Pemandu Fleet yang berdisiplin dan mementingkan keselamatan untuk menyokong operasi armada syarikat. Tugas utama termasuk mengendalikan kenderaan syarikat dengan selamat, membawa kenderaan ke PUSPAKOM, JPJ, bengkel dan pusat servis, serta mengurus dokumentasi berkaitan armada.
Calon perlu mempunyai rekod pemanduan baik serta memahami undang-undang jalan raya. Pengalaman dengan urusan PUSPAKOM/JPJ adalah satu kelebihan; seseorang yang bertanggungjawab, tepat masa dan
Kami sedang mencari Pemandu Fleet yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mementingkan keselamatan untuk menyokong operasi armada syarikat. Calon yang berjaya akan bertanggungjawab mengendalikan kenderaan syarikat, membawa kenderaan ke PUSPAKOM, JPJ, bengkel dan pusat servis, mengurus dokumentasi berkaitan armada serta memastikan semua kenderaan mematuhi keperluan syarikat dan pihak berkuasa.
Memandu dan mengendalikan kenderaan syarikat dengan selamat dan cekap.
Membawa kenderaan syarikat ke PUSPAKOM bagi tujuan pemeriksaan berkala serta memastikan proses pemeriksaan diselesaikan mengikut jadual.
Menghantar dan mengambil kenderaan dari bengkel atau pusat servis bagi tujuan penyelenggaraan, pembaikan dan pemeriksaan.
Memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan selamat digunakan.
Mematuhi polisi keselamatan, prosedur operasi dan keperluan pematuhan syarikat.
Mempunyai rekod pemanduan yang baik serta memahami undang-undang dan peraturan jalan raya.
Berpengalaman mengurus urusan PUSPAKOM, JPJ atau operasi fleet adalah satu kelebihan.
Bertanggungjawab, berdisiplin, menepati masa serta mampu bekerja secara berdikari.