Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
Baceman Air Conditioner Service membuka peluang Latihan Industri untuk pelajar dalam bidang HVAC, Refrigeration & Air-Conditioning. Latihan ini memberi pengalaman sebenar dengan sokongan juruteknik dalam pemasangan, servis, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penghawa dingin.
Anda akan mengikuti juruteknik ke lokasi pelanggan (on-site) serta terlibat dalam kerja servis di kilang, pejabat swasta dan pejabat kerajaan. Elaun latihan disediakan mengikut tempoh latihan dan polisi syarikat.
Kami membuka peluang kepada pelajar yang sedang mencari tempat Latihan Industri (Internship) dalam bidang HVAC, Refrigeration & Air-Conditioning untuk menyertai pasukan kami!
Membantu juruteknik dalam kerja pemasangan, servis, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penghawa dingin.
Mengikuti juruteknik ke lokasi pelanggan (on-site).
Membantu kerja servis dan penyelenggaraan di kilang, pejabat swasta dan pejabat kerajaan.
Mempelajari cara mengenal pasti masalah dan kerosakan sistem penghawa dingin.
Pelajar institusi TVET, kolej atau universiti dalam bidang HVAC, Refrigeration & Air-Conditioning atau bidang berkaitan.
Sedang menjalani atau memerlukan penempatan Latihan Industri.
Bersedia mengikuti tugasan di lokasi pelanggan yang berbeza.
ELAUN LATIHAN
Elaun latihan disediakan mengikut tempoh latihan dan polisi syarikat.
TEMPAT LATIHAN: Kilang-kilang, pejabat swasta dan pejabat kerajaan mengikut tugasan yang diberikan.
Jom sertai pasukan Baceman Air Conditioner Service dan dapatkan pengalaman kerja sebenar dalam bidang HVAC!