A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
PAK GEMBUS Restoran adalah jenama yang berkembang pesat di Malaysia dan sedang mencari pengurus operasi berpengalaman untuk mengendalikan operasi harian, memastikan stok mencukupi, dan menjaga mutu perkhidmatan di cawangan-cawangan. Anda akan menganalisis jualan, menyediakan laporan harian, menangani aduan pelanggan secara profesional, serta memastikan penutupan operasi berjalan lancar.
Minimum SPM dengan 2 tahun pengalaman dalam jawatan pengurusan F&B diperlukan; kemahiran pembentangan &
PAK GEMBUS Restoran merupakan jenama yang berkembang pesat dengan lebih daripada 100 cawangan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Kelantan, Melaka, Perak, Johor dan Pulau Pinang—dan kami baru sahaja bermula!
Sertai kami dan bina kejayaan bersama!
Memastikan restoran sentiasa bersedia untuk beroperasi dengan stok yang mencukupi.
Mengendalikan dan menyelesaikan aduan pelanggan secara profesional dan berkesan.
Menganalisis data jualan, mengenal pasti peluang untuk meningkatkan jualan serta mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menyediakan dan menghantar laporan harian berkaitan kakitangan, jualan, inventori dan sebarang isu operasi.
Melaksanakan prosedur penutupan operasi harian (End-of-Day) serta tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
Minimum SPM dengan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam jawatan pengurusan di industri Makanan & Minuman (F&B).
Berfikiran positif serta mempunyai keinginan tinggi untuk belajar.
Mempunyai kemahiran pembentangan, komunikasi, penyelesaian masalah dan pengurusan masa yang baik.
Mampu bekerja secara berpasukan, berdikari serta berprestasi baik di bawah tekanan.
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Mahir menggunakan komputer.
Berkeyakinan, proaktif dan mampu memenuhi tempoh kerja yang ditetapkan.
Mempunyai kenderaan sendiri serta sanggup melakukan perjalanan bagi urusan kerja.
Kongsi untung
Makanan harian disediakan