Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
LEPPO Concrete Sdn. Bhd. di Sabah sedang mencari mekanik struktur lori untuk menyelenggara dan membaiki lori serta kenderaan lain. Anda akan menjalankan pembaikan mekanikal, melakukan ujian sistem, dan menggantikan bahagian yang tidak berfungsi.
Calon perlu mempunyai kemahiran mekanikal yang sangat baik, mampu mengikuti arahan, serta berinisiatif untuk bekerja tanpa arahan berterusan. Peluang bekerja dalam persekitaran bengkel dengan fokus pada keselamatan kerja dan kualiti pembaikan.
Menyelesaikan masalah dan membaiki semua lori dan perkhidmatan kenderaan lain.
Mengenal pasti masalah mekanikal sama ada secara visual atau dengan peralatan diagnostik komputer.
Melakukan dan menyelesaikan pembaikan mekanikal bagi kerosakan besar dan kecil
Menjalankan ujian ke atas bahagian dan sistem tertentu untuk memastikan berfungsi dengan betul.
Menyelesaikan "major repair" (kerosakan besar)
Melakukan kimpalan/welding dan "major body work"
Bertanggungjawab untuk memutuskan perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan lori/kenderaan
Membaiki atau menggantikan bahagian dan sistem yang tidak berfungsi seperti brake pads, belts, water pumps, transmissions, dan bahagian mekanikal yang lain.
Mengendalikan alatan, peralatan dan jentera mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan
Mematuhi prosedur dan teknik keselamatan yang ditetapkan untuk melaksanakan tugas-tugas kerja termasuk mengangkat, memanjat, dsb.
Membantu memastikan bengkel, peralatan dan alatan dalam keadaan operasi yang selamat.
Bekerja pada masa yang tidak tentu mengikut keperluan
Melawat 'job sites' untuk memeriksa kenderaan.
Dan Tugas-tugas lain yang akan diarahkan dari semasa ke semasa
Mempunyai pengetahuan pembaikan lori/kenderaan.
Seorang pemula diri (cukup bermotivasi tinggi untuk bekerja atas inisiatif sendiri tanpa menunggu arahan)
Mempunyai pengetahuan pembaikan lori/kenderaan.
Kemahiran mekanikal yang sangat baik.
Keupayaan untuk mengikut arahan.
Kemahiran analisis dan penyelesaian masalah yang sangat baik.
Pengalaman berkaitan diutamakan