Turn this role into an interview — a resume and cover letter built around what this employer wants.
Caliphtrade Resources Sdn Bhd sedang mencari individu untuk mengurus konten media sosial dan promosi digital. Tugas utama termasuk menghasilkan content harian, copywriting untuk iklan, serta membantu sesi photoshoot dan videography produk bagi kempen marketing syarikat.
Anda akan menyusun calendar content, pastikan posting mengikut jadual, serta memantau prestasi posting seperti engagement, views dan reach.
Minimum Diploma/Ijazah dalam bidang Pemasaran, Komunikasi, Media, atau setara.
Kreatif, suka belajar & boleh bekerja dalam pengawasan yang minima
Mahir menggunakan media sosial (TikTok, Instagram, Facebook, YouTube).
Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu & Inggeris.
Membantu menghasilkan content harian dan iklan untuk platform media sosial syarikat (video, grafik, poster, artikel pendek).
Menyusun calendar content dan memastikan posting dibuat mengikut jadual.
Membantu dalam copywriting untuk iklan, posting & caption media sosial.
Membantu team marketing dalam photoshoot & videography produk.
Memantau prestasi posting (engagement, views, reach) & menyediakan laporan ringkas.
Membantu mengekalkan identiti jenama (branding consistency) dalam semua content.
Bekerjasama rapat dengan pasukan sales & marketing untuk menyokong kempen promosi.
Syarikat : Caliphtrade Resources Sdn Bhd
Lokasi : Seri Iskandar, Perak
Caliphtrade Resources Sdn. Bhd. berfokus pada pemprosesan dan pemasaran produk berasaskan herba semulajadi dengan objektif untuk membina jenama tempatan yang diyakini, berkualiti dan mesra pelanggan.
.