A complete application in a minute — tailored resume and cover letter, ready to send.
Private Advertiser mencari Live Host sepenuh masa untuk bekerja di pejabat kami di Kuantan. Tugas utama adalah mengendalikan sesi Live, mempromosikan produk, berinteraksi dengan viewers, dan memastikan sesi berjalan lancar mengikut jadual.
Calon perlu berdisiplin, tepat masa, dan bersedia bekerja pada hujung minggu. Jawatan ini adalah penuh masa dengan ruang kerja di dalam pejabat (WFO) dan perlu hadir mengikut jadual Live yang telah ditetapkan.
Lokasi: Kuantan
Kami sedang mencari Live Host sepenuh masa yang berdisiplin, bertanggungjawab dan boleh memberikan komitmen terhadap jadual Live yang ditetapkan.
Jawatan ini 100% fokus kepada tugas sebagai Live Host.
Anda hanya perlu hadir mengikut jadual sesi Live yang telah ditetapkan.
Selepas sesi Live selesai dan tiada lagi sesi yang dijadualkan, anda bebas untuk pulang, keluar atau menguruskan urusan peribadi sendiri.
Kami menilai berdasarkan disiplin, komitmen dan prestasi semasa Live, bukan berapa lama anda duduk di pejabat.
Jawatan ini memberikan fleksibiliti yang tinggi di luar waktu Live. Anda tidak dibebankan dengan tugas admin, membalas WhatsApp customer, packing atau editing content.
Tugas utama anda hanyalah menjadi Live Host.
Sebagai pertukaran kepada fleksibiliti tersebut, kami sangat mementingkan disiplin, ketepatan masa, kebersihan dan komitmen terhadap jadwal.
Sekiranya anda telah dijadualkan untuk sesuatu sesi Live, anda perlu hadir dan bersedia tepat pada waktunya. Urusan peribadi, keluarga dan pengangkutan perlu diuruskan supaya tidak menjejaskan sesi Live.
Kami mencari calon yang serius untuk bekerja, konsisten dan boleh diharapkan oleh team.
Jenis Jawatan: Full-Time
Jawatan: Live Host Sahaja
Tempat Kerja: Work From Office (WFO)
Lokasi: Kuantan