A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
Ad Empire Holdings Sdn Bhd mengundang calon Live Host untuk mengendalikan sesi siaran langsung di platform TikTok/Instagram bagi promosi menu serta baucar promosi. Anda juga akan berinteraksi secara langsung dengan penonton dan pelanggan di restoran, sambil menggalakkan jualan melalui upselling add-on dan promosi yang bersesuaian.
Calon perlu berpengalaman atau berpotensi dalam bidang F&B, perkhidmatan pelanggan, runcit atau jualan, serta mampu bekerja dengan cepat dalam persekitaran restoran
SKOP KERJA & TANGGUNGJAWAB (JOB DESCRIPTION)
Tugasan Utama Live Host:
Mengendalikan sesi siaran langsung (Live Streaming di TikTok / Shopee / Facebook / Instagram) secara berkala untuk mempromosikan menu, promosi semasa, baucar makan, dan produk restoran.
Berinteraksi secara aktif, mesra, dan menghiburkan dengan penonton serta menjawab komen dan pertanyaan secara langsung dengan pantas.
Melakukan demonstrasi makanan/minuman (food review / mukbang ringkas) yang menyelerakan untuk menarik minat penonton membeli atau berkunjung ke restoran.
Merancang idea kandungan ringkas dan bekerjasama dengan pasukan pemasaran/operasi bagi mencapai sasaran jualan (sales target) setiap sesi siaran langsung.
Tugasan Operasi & Layanan Pelanggan (Restoran):
Menyambut dan melayan pelanggan yang hadir dengan mesra, sopan, dan profesional.
Memberikan penerangan mengenai menu serta membantu pelanggan membuat pilihan hidangan.
Aktif membuat sales dan upselling dengan mencadangkan menu utama, add-on, minuman, atau promosi yang bersesuaian.
Mengambil pesanan pelanggan dengan cepat dan tepat serta menghidang makanan dan minuman dalam keadaan baik.
Sentiasa peka terhadap keperluan pelanggan dan mengendalikan pertanyaan atau aduan secara profesional bagi memastikan tahap kepuasan yang tinggi.
Memastikan meja, ruang makan, dan kawasan servis sentiasa bersih, kemas, dan teratur.
Membantu kelancaran operasi restoran terutama ketika waktu puncak serta bekerjasama rapat dengan bahagian dapur, barista, juruwang (cashier), dan rakan sekerja.
Mematuhi semua SOP operasi, kebersihan, keselamatan makanan, dan arahan pihak pengurusan.
KRITERIA CALON
Berumur 25 tahun dan ke atas.
Berpersonaliti peramah, ceria, petah bercakap, dan yakin berhadapan dengan kamera serta orang ramai.
Berpenampilan kemas, menarik, dan profesional.
Pandai membuat sales / upselling dan tidak malu untuk mempromosikan produk kepada penonton live mahupun pelanggan di restoran.
Seorang yang aktif, bertenaga, kreatif, dan mempunyai inisiatif sendiri.
Boleh bekerja dengan cepat dan cekap dalam persekitaran restoran yang sibuk serta mampu mengawal tekanan ketika waktu puncak.
Mempunyai sikap positif, berdisiplin, bertanggungjawab, dan menepati masa.
Boleh bekerja secara individu dan dalam pasukan.
Pengalaman dalam bidang F&B, khidmat pelanggan (customer service), retail, jualan, atau sebagai Live Host adalah satu kelebihan besar.
KELEBIHAN & MANFAAT (BENEFITS)
Jadual kerja yang fleksibel (Flexible schedule)
Cuti bersalin (Maternity leave)
Elaun makan (Meal allowance)
Makanan disediakan semasa bertugas (Meal provided)
Peluang kenaikan pangkat (Opportunities for promotion)
Pembangunan profesional & latihan (Professional development)
KELAYAKAN TAMBAHAN
Pendidikan: SPM / STPM (Diutamakan)
Pengalaman: Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman berkaitan (Diutamakan)
Lesen / Sijil: Sijil Pengendali Makanan & Suntikan Typhoid (Diutamakan)