Get more replies from employers
Send a job-specific resume in minutes.
Althaf Resources menawarkan peluang sebagai Juruteknik Elektrik untuk menyertai pasukan kami. Tugas utama meliputi pemasangan kabel, termination, conduit dan aksesori elektrik, serta wiring bagi control panel, pump, motor dan peralatan berkaitan.
Anda akan menjalankan pemeriksaan dan pengujian elektrik selepas pemasangan, memastikan pematuhan standard keselamatan dan membaca wiring diagram. Sedia melakukan kerja di tapak serta perjalanan kerja mengikut keperluan projek.
Althaf Resources ialah sebuah syarikat Malaysia yang mengkhusus dalam sistem rawatan air dan penyelesaian bahan kimia. Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan, penyelenggaraan serta sokongan teknikal kepada pelanggan sektor perindustrian dan utiliti di seluruh negara.
Kami komited untuk memberikan penyelesaian yang berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan memenuhi keperluan pelanggan, sambil mengekalkan standard keselamatan, profesionalisme dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
Seiring dengan perkembangan perniagaan, kami sedang mencari seorang Juruteknik Elektrik yang berdedikasi untuk menyertai pasukan kami bagi menjalankan kerja-kerja pemasangan, penyelesaian masalah (troubleshooting), servis dan penyelenggaraan sistem elektrik serta peralatan berkaitan.
Melaksanakan pemasangan kabel, termination, conduit dan aksesori elektrik.
Melakukan wiring untuk control panel, pump, motor, actuator dan peralatan berkaitan.
Menjalankan pemeriksaan dan pengujian elektrik selepas kerja pemasangan.
Memastikan semua kerja mematuhi spesifikasi, standard dan prosedur keselamatan yang ditetapkan.
Membaca dan memahami electrical drawing serta wiring diagram.
Membantu kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan sistem elektrik.
Berpengalaman dalam pemasangan control panel, motor, pump atau sistem M&E adalah satu kelebihan.
Bersedia bekerja di tapak kerja dan melakukan perjalanan kerja.
Bertanggungjawab, berdisiplin dan mampu bekerja secara berdikari serta dalam satu pasukan.