Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporation) sedang mencari Jurutera Awam Berdaftar untuk menyelaras projek fizikal, termasuk pembinaan, infrastruktur, dan kemudahan awam. Rawatan air adalah kelebihan, dengan keupayaan bekerja secara berdikari dan menguruskan jadual pelaksanaan.
Kandidat perlu memahami lukisan teknikal, spesifikasi kerja, dokumen kontrak dan anggaran kos pembinaan, serta berkomunikasi dengan pihak berkuasa bagi menjaga kelancaran projek.
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek fizikal yang dilaksanakan oleh Pemerbadanan, termasuk projek pembinaan, infrastruktur dan kemudahan awam
Menyemak lukisan teknikal, spesifikasi kerja, dokumen kontrak, jadual pelaksanaan dan laporan kemajuan projek
Menyelaras urusan dengan perunding, kontraktor, pemaju, agensi Kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan berkaitan pelaksanaan projek
Memantau prestasi kontraktor dan perunding bagi memastikan kerja dilaksanakan mengikut skop, spesifikasi, tempoh kontrak dan keperluan yang ditetapkan
Mengenal pasti isu teknikal, risiko kelewatan, peningkatan kos dan masalah pelaksanaan projek serta mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan
Menyemak tuntutan kemajuan kerja, laporan pemeriksaan tapak, permohonan perubahan kerja dan dokumen berkaitan pembayaran mengikut skop tanggungjawab yang diberikan
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam atau mana-mana bidang kejuruteraan lain yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Mempunyai pengalaman dalam projek loji rawatan air merupakan satu kelebihan
Mempunyai pengetahuan mengenai lukisan teknikal, spesifikasi kerja, dokumen kontrak, jadual pelaksanaan projek dan anggaran kos pembinaan
Mampu bekerja secara berdikari, menjalankan lawatan tapak dan menguruskan pelbagai projek mengikut keutamaan
Memiliki pendaftaran dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) sebagai Jurutera Siswazah merupakan satu kelebihan