Enable job alerts via email!
Boost your interview chances
Create a job specific, tailored resume for higher success rate.
Sebuah syarikat inovatif dalam industri teknologi hijau sedang mencari Pembantu Gudang yang rajin dan bertanggungjawab. Anda akan bertanggungjawab untuk pengurusan inventori dan penghantaran produk. Peluang untuk perkembangan kerjaya dan latihan menyeluruh disediakan.
Ringkasan Tugas
Kami sedang mencari calon yang rajin, teliti, dan bertanggungjawab untuk mengisi jawatan Pembantu Gudang. Calon yang berjaya akan bertanggungjawab untuk menerima, menyusun, menyimpan, dan mengagihkan barang atau produk dengan cekap dan selamat. Anda akan memainkan peranan penting dalam memastikan ketepatan inventori dan penghantaran pesanan mengikut masa.
Tanggungjawab Utama:
•Menerima, memunggah, dan memeriksa penghantaran yang masuk bagi memastikan ketepatan dan keadaan barang.
•Menyimpan stok di lokasi yang telah ditetapkan dan memastikan kawasan gudang sentiasa tersusun.
•Mengambil dan membungkus pesanan dengan tepat mengikut keperluan pelanggan.
•Menyediakan produk untuk penghantaran termasuk pelabelan dan penyediaan dokumen yang berkaitan.
•Melaksanakan pemeriksaan inventori secara berkala dan membantu dalam kiraan stok.
•Mengendalikan peralatan gudang seperti forklift, pallet jack atau troli tangan (jika bertauliah).
•Memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan gudang sentiasa terjaga.
•Bekerjasama dengan rakan sekerja dan jabatan lain untuk memastikan operasi gudang berjalan lancar.
•Melaporkan sebarang kerosakan, ketidaktepatan, atau isu kepada Penyelia Gudang.
•Mematuhi semua polisi, prosedur, dan peraturan keselamatan syarikat.
•Melaksanakan sebarang tugasan ad-hoc yang diberikan oleh Penyelia dari semasa ke semasa.
•Menjalankan pemeriksaan jaminan (warranty inspection) ke atas bateri mengikut prosedur yang ditetapkan.
•Mahir mengendalikan peralatan elektronik seperti battery tester, charging machine, dan discharge machine bagi tujuan pengujian dan penyelenggaraan bateri.
•Merekod dan menyimpan data dengan teratur bagi setiap pemeriksaan jaminan sebagai rujukan dan pemantauan prestasi produk.
Kelayakan:
•Minimum SPM atau setaraf; sijil dalam logistik/supply chain adalah satu kelebihan.
•Pengalaman bekerja di gudang/logistik adalah satu kelebihan.
•Mempunyai asas kemahiran komputer (pengalaman dengan sistem inventori adalah bonus).
Keperluan Fizikal:
•Berupaya mengangkat dan membawa beban sehingga 20kg.
•Boleh bekerja dalam persekitaran yang sibuk dan bekerjasama dalam pasukan.
Kami Menawarkan:
•Peluang kerjaya dalam industri teknologi hijau yang inovatif dan mesra alam.
•Peluang untuk perkembangan dan kenaikan pangkat dalam syarikat pada masa hadapan.
•Latihan menyeluruh dalam proses kerja dan teknologi yang digunakan oleh syarikat.
•Gaji yang kompetitif selaras dengan kemahiran dan pengalaman anda.
Minimum SPM atau setaraf; sijil dalam logistik/supply chain adalah satu kelebihan.