Enable job alerts via email!
Syarikat Home Tuition mencari Pengurus Cawangan Home Tuition untuk mengurus klien dan tutor di Malaysia. Tugas termasuk pendaftaran klien dan mendapatkan tutor yang sesuai. Gaji adalah berdasarkan komisen dengan anggaran RM500 hingga RM2500 sebulan. Kerja dilakukan dari rumah secara fleksibel. Kelayakan termasuk mempunyai komputer, berumur 21 hingga 45 tahun, dan pendidikan yang sesuai.
Smart Mind Home Centre merupakan sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang menyediakan perkhidmatan tuisyen dan kelas mengaji secara terus di rumah pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Kami mempunyai rangkaian database klien dan guru/tutor di setiap negeri. Oleh itu kami memerlukan beberapa orang pengurus bagi menguruskan database klien/guru/tutor mengikut cawangan & negeri yang akan ditentukan kemudian.
Tugas utama pengurus (Branch Manager Home Tuition) ialah menguruskan klien-klien syarikat serta para guru/tutor yang berkhidmat bersama syarikat kami. Pengurusan penting melibatkan 5 perkara tunjang iaitu:
Bayaran adalah dalam bentuk komisen semata-mata. Anggaran sekitar RM500 hingga RM2500 sebulan. Boleh jadi kurang daripada RM500 sebulan atau lebih daripada RM2500 sebulan berdasarkan kutipan sale yang berjaya dibuat setiap bulan oleh pengurus (Commission Basis).
Hanya bekerja secara terus di rumah. Tidak perlu pergi ke pejabat. Namun perlu hadir kursus penuh untuk mempelajari pengurusan kerja WFH ini.
Waktu bekerja adalah fleksibel (Freelance). Anda tidak terikat dengan sebarang waktu bekerja baik di siang hari ataupun pada malam hari.
Setiap pengurus disyaratkan MESTI mempunyai Laptop atau Desktop Komputer di rumah masing-masing. Ketiadaan Laptop/Desktop di rumah menyebabkan anda tidak layak untuk memohon jawatan ini.
21 hingga 45 tahun sahaja.
Pemohon yang terpilih sahaja akan tersenarai untuk dipanggil temuduga yang akan dilaksanakan secara online Google Meet.
Mereka yang berjaya terpilih sebagai Branch Manager Home Tuition diwajibkan menghadiri Kursus & Latihan secara face to face (fizikal) yang akan dijalankan bagi tempoh 3 hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu & Ahad).
Bagi mereka yang berminat, sila whatsapp atau hubungi kami di talian (Cikgu Syahir). Sila berikan maklumat anda dibawah melalui whatsapp bagi memudahkan urusan.
Nama :
Umur :
Bujang/Berkahwin :
Tahap Pendidikan :
Bidang Pendidikan :
Kolej / Universiti :
Pekerjaan Sekarang :
Sekian, terima kasih
Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sahaja) atau Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (IPTA & IPTS)
Menyediakan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home Based di seluruh Malaysia. Anda tidak perlu berjumpa dengan klien, sebaliknya klien yang akan mencari anda untuk mendaftarkan kelas tuisyen dan kelas mengaji. Anda cuma ditugaskan bagi menguruskan pendaftaran klien yang berminat untuk mengambil kelas tuisyen atau mengaji secara Home Based.