Enable job alerts via email!

Branch Manager Home Tuition (WFH)

Smart Mind Home Centre

Bayan Lepas

Remote

MYR 250,000 - 300,000

Full time

Today
Be an early applicant

Job summary

Sebuah syarikat tuisyen di Malaysia mencari Pengurus Cawangan untuk menguruskan klien dan tutor. Anda akan bekerja dari rumah dengan waktu fleksibel. Ganjaran adalah berdasarkan komisen dengan potensi pendapatan antara RM500 hingga RM2500 sebulan, bergantung kepada prestasi. Kelayakan termasuk keperluan untuk mempunyai laptop dan kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik.

Benefits

Bonus Komitmen
Kursus dan Latihan
Waktu bekerja fleksibel

Qualifications

  • Mempunyai Laptop atau Desktop di rumah.
  • Umur antara 21 hingga 40 tahun.
  • Kemampuan untuk bekerja secara fleksibel.

Responsibilities

  • Menguruskan pendaftaran klien baru.
  • Mendapatkan tutor yang sesuai.
  • Menguruskan kutipan bayaran yuran.

Skills

Kemahiran pengurusan
Komunikasi interpersonal
Pengurusan jualan

Education

Kelayakan pendidikan yang relevan

Tools

Laptop atau Desktop Komputer
Job description
Overview

Smart Mind Home Centre merupakan sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang menyediakan perkhidmatan tuisyen dan kelas mengaji secara terus di rumah pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Kami mempunyai rangkaian database klien dan guru/tutor di setiap negeri dan memerlukan beberapa orang pengurus untuk menguruskan database klien/guru/tutor mengikut cawangan & negeri yang akan ditentukan kemudian.

Deskripsi Tugas

Tugas utama pengurus (Branch Manager Home Tuition) adalah menguruskan klien-klien syarikat serta para guru/tutor yang berkhidmat bersama syarikat kami. Pengurusan penting melibatkan 5 perkara tunjang iaitu:

  1. Pendaftaran baharu ibu bapa (klien) yang mengambil perkhidmatan.
  2. Mendapatkan tutor yang sesuai (matching tutor) dari senarai database tutor yang wujud di dalam sistem rangkaian syarikat untuk klien baharu daftar.
  3. Menguruskan perjalanan database klien dan tutor yang sedia ada yang mengambil perkhidmatan bersama Smart Mind Home Centre.
  4. Menguruskan kutipan yuran pelajar setiap bulan dari ibu bapa.
  5. Menyediakan pengiraan bayaran elaun kepada para tutor yang terlibat pada akhir setiap bulan.
Gaji & Imbuhan

Bayaran adalah dalam bentuk komisen semata-mata. Anggaran sekitar RM500 hingga RM2500 sebulan. Boleh jadi kurang daripada RM500 sebulan atau lebih daripada RM2500 sebulan berdasarkan kutipan sale yang berjaya dibuat setiap bulan oleh pengurus.

Lokasi Pekerjaan

Hanya bekerja secara terus di rumah. Tidak perlu pergi ke pejabat. Namun perlu hadir kursus penuh untuk mempelajari pengurusan kerja WFH ini.

Masa Pekerjaan

Waktu bekerja adalah fleksibel (Freelance). Anda tidak terikat dengan sebarang waktu bekerja baik di siang hari ataupun pada malam hari.

Kelengkapan Pekerjaan

Setiap pengurus disyaratkan MESTI mempunyai Laptop atau Desktop Komputer di rumah masing-masing. Ketiadaan Laptop/Desktop di rumah menyebabkan anda tidak layak untuk memohon jawatan ini.

Kelayakan Umur

21 hingga 40 tahun sahaja.

Temuduga

Pemohon yang terpilih sahaja akan tersenarai untuk dipanggil temuduga yang akan dilaksanakan secara online Google Meet.

Kursus & Latihan Jawatan

Mereka yang berjaya terpilih sebagai Branch Manager Home Tuition diwajibkan menghadiri Kursus & Latihan secara face to face (fizikal) yang akan dijalankan bagi tempoh 3 hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Bagi mereka yang berminat, sila whatsapp atau hubungi kami di talian (Cikgu Syahir). Sila berikan maklumat anda dibawah melalui whatsapp bagi memudahkan urusan.

  • Nama :
  • Umur :
  • Bujang/Berkahwin :
  • Tahap Pendidikan :
  • Bidang Pendidikan :
  • Kolej / Universiti :
  • Pekerjaan Sekarang :

Sekian, terima kasih.

1. Hanya bekerja dari rumah sahaja. Tidak perlu ke pejabat. Tidak terikat dengan waktu bekerja kerana waktu bekerja adalah fleksibel (Freelance).

3. Gaji dan elaun yang berbaloi dan munasabah kerana dibayar melalui komisen/pencapaian/kerajinan.

4. Bonus Bulanan (KPI).

5. Bonus Komitmen.

Menyediakan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home Based di seluruh Malaysia.

Get your free, confidential resume review.
or drag and drop a PDF, DOC, DOCX, ODT, or PAGES file up to 5MB.