Une candidature complète en une minute
Un CV et une lettre de motivation personnalisés, prêts à envoyer.
Han Aik Hardware Sdn Bhd di Johor Bahru sedang mencari Penolong Penyelia Gudang yang proaktif dan berdisiplin untuk membantu operasi harian gudang, penyelarasan penghantaran lori, dan pengurusan pekerja.
Calon perlu mempunyai pengalaman forklift, kemahiran perancangan laluan penghantaran serta pengetahuan asas penyelenggaraan lori; mahir berbahasa Melayu dan boleh berkomunikasi dengan pihak berkuasa. JOSS 5S dan AI asas turut dinilai.
Kami sedang mencari seorang Penolong Penyelia Gudang yang bertanggungjawab, proaktif, berdisiplin dan mempunyai kemahiran kepimpinan untuk membantu mengurus operasi harian gudang, penyelarasan penghantaran lori, pengurusan pekerja serta kawalan inventori.
Calon mestilah mempunyai pengalaman praktikal mengendalikan forklift, kemahiran merancang laluan penghantaran lori (route planning), pengetahuan asas penyelenggaraan lori dan kebolehan menyelesaikan masalah operasi secara berdikari.
Calon juga perlu mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang baik, secara lisan dan bertulis, bagi mengendalikan urusan dengan pihak berkuasa kerajaan, khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Memeriksa ketersediaan stok dan menyelaras dengan Jabatan Jualan serta Operasi bagi memenuhi pesanan pelanggan.
Memantau pergerakan stok, mengenal pasti perbezaan inventori dan mengambil tindakan pembetulan.
Melaksanakan pemeriksaan kawalan kualiti (QC) serta menyemak ketepatan kerja kakitangan bawahan.
2. Penjadualan Lori & Perancangan Laluan Penghantaran
Merancang dan menyusun jadual perjalanan lori setiap hari berdasarkan lokasi pelanggan, keutamaan penghantaran, kapasiti lori dan ketersediaan kenderaan.
Mengoptimumkan laluan penghantaran bagi mengurangkan perjalanan tidak perlu, penggunaan bahan api, masa penghantaran dan kos operasi.
Menyelaras tugasan pemandu lori, pekerja gudang dan pasukan jualan bagi memastikan penghantaran berjalan lancar.
3. Pengendalian Forklift & Penyelenggaraan Peralatan
Mengendalikan forklift apabila diperlukan untuk kerja memuat, memunggah dan memindahkan bahan keluli.
Mengenal pasti dan melaporkan kerosakan peralatan serta keadaan yang boleh membahayakan pekerja.
Memantau jadual servis, penyelenggaraan dan pembaikan forklift.
Memastikan hanya pekerja yang terlatih dan diberi kebenaran dibenarkan mengendalikan forklift.
4. Penyeliaan Pekerja & Latihan
Memberikan latihan kepada pekerja baharu dan sedia ada mengenai SOP gudang, keselamatan, pengendalian bahan dan kawalan kualiti.
Menyediakan dan menyelenggara rekod pemeriksaan keselamatan, laporan kemalangan, laporan insiden dan dokumen berkaitan.
Membantu mengendalikan lawatan pemeriksaan pihak berkuasa serta melaksanakan tindakan susulan yang diperlukan.
Memastikan pekerja menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan mematuhi prosedur kerja selamat.
Melaporkan kemalangan, kejadian nyaris kemalangan (near miss), kerosakan peralatan dan keadaan tidak selamat dengan segera.
Membantu siasatan insiden dan pelaksanaan tindakan pembetulan serta pencegahan.
Memantau dan memastikan pelaksanaan amalan 5S: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Memantau dan melaporkan prestasi penghantaran, perbezaan stok, penggunaan tenaga kerja, OT, kerosakan kenderaan dan insiden gudang.
Mencadangkan serta melaksanakan penambahbaikan yang diluluskan bagi meningkatkan produktiviti, keselamatan dan kecekapan gudang.
Menggunakan Microsoft Excel, sistem digital dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) asas bagi meningkatkan ketepatan laporan dan kecekapan kerja.
Menyokong usaha syarikat untuk mewujudkan sistem operasi yang lebih tersusun, sistematik dan profesional.
Diutamakan mempunyai pengalaman 2–3 tahun dalam operasi gudang, logistik atau penyeliaan pekerja.
Wajib mempunyai pengalaman praktikal mengendalikan forklift.
Wajib mempunyai pengalaman dalam penjadualan lori, perancangan laluan penghantaran dan penyelarasan penghantaran barang.
Mempunyai pengetahuan asas mengenai penyelenggaraan lori, jadual servis dan pengurusan kerosakan kenderaan.
Mempunyai pengetahuan asas mengenai keselamatan pekerjaan, keperluan JKKP dan amalan 5S.
Mahir menggunakan komputer, khususnya Microsoft Excel, e-mel dan sistem pelaporan.
Kelebihan Tambahan
Mengenali kawasan Johor Bahru dan laluan penghantaran di sekitar Johor.
Mempunyai sijil latihan atau kompetensi forklift yang berkaitan.
Pengetahuan asas menggunakan AI seperti ChatGPT untuk pelaporan dan tugasan pentadbiran.
Di Han Aik Hardware, kami percaya bahawa kecemerlangan operasi bermula daripada pekerja yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat berpasukan.
Calon hendaklah mengamalkan lima nilai teras syarikat:
Mengutamakan Pasukan: Bekerjasama, saling membantu dan bertanggungjawab terhadap kejayaan pasukan.
Inovasi & Penambahbaikan Berterusan: Berani mencadangkan idea, menyelesaikan masalah dan meningkatkan kecekapan kerja.
Kecekapan & Pembangunan Diri: Sentiasa meningkatkan kemahiran teknikal, kepimpinan dan membantu perkembangan pekerja bawahan.
Misi: Membina keyakinan pelanggan, menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan terjamin kepada pekerja, memastikan kelestarian perniagaan serta mewujudkan kerjasama yang saling menguntungkan.
Visi: Menjadi penanda aras dalam industri dan sebuah syarikat contoh yang dipercayai pelanggan serta dibanggakan oleh pekerja.