PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(a)
Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sahaja JAWATAN : PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I TANGGAGAJI : B.3 ($3,880 - $4,240) KEKOSONGAN : 1 JAWATAN JABATAN : UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT KELAYAKANa. | Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. | |
b. | i) | Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pengurusan Pembinaan / Pengurusan Bangunan / Pengurusan Projek atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut adalah kelebihan. |
ii) | Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan yang bersesuaian dalam tangga gaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.ATAU | |
iii) | Bagi yang tidak mempunyai ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas dalam tangga gaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. | |
c. | Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)ii) Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmataniii) Peraturan-Peraturan Kewangan | |
d. | Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan. |
1. | Bertanggungjawab bagi mengetuai Bahagian Administration, Project Coordination and Sustainable Resource Management (Pentadbiran, Penyelerasan Projek dan Pengurusan Sumber Lestari) dibawah Pejabat Estet (CAMPUs – Campus Asset Management and Planning for University Life). |
2. | Bertanggunjawab bagi hal ehwal pentadbiran, sumber manusia berserta pembangunan dan kecekapan professional bagi warga Pejabat CAMPUs, UBD. |
3. | Membantu di dalam perancangan dan penyelarasan berserta pemantauan projek-projek di bawah kawalan Pejabat CAMPUs. |
4. | Membuat perancangan dan pelaksanaan bagi aspek pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar bagi mencapai kecekapan dan pematuhan terhadap dasar dan garispanduan yang telah ditetapkan bagi Universiti. |
5. | Memberi khidmat nasihat mengenai dengan hal ehwal perancangan, penyelarasan, pemantauan, kawalan, pengurusan, penganalisaan projek-projek di bawah Pejabat CAMPUs. |
6. | Bertanggungjawab untuk memastikan peruntukan adalah mencukupi dan besesuaian bagi melaksanakan projek-projek dibawah Pejabat CAMPUs berserta komitmen perbelanjaan yang diperuntukan pada Tahunan Kewangan. |
7. | Bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa-jawatankuasa berikut:-· Extension of Time and Variation Order (EOTVO);· Estate Project Coordination Meeting (EPCM);· Estate Encumbrance Monthly Meeting (EEMM);· Technical Project Implementation Meeting (TPIM);· Estate Administration Meeting· Infrastructure Cluster dibawah Sustainability Strategy Committee· Building and Resource Cluster dibawah Healthy University Committee |
8. | Melaksanakan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Estet atau pegawai atasan dari masa ke semasa. |