Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I

Sé de los primeros solicitantes.
Solo para miembros registrados
Granada
EUR 10.000 - 30.000
Sé de los primeros solicitantes.
Hace 2 días
Descripción del empleo

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(a)

Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sahaja JAWATAN : PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I TANGGAGAJI : B.3 ($3,880 - $4,240) KEKOSONGAN : 1 JAWATAN JABATAN : UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
a.Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
b.i)Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pengurusan Pembinaan / Pengurusan Bangunan / Pengurusan Projek atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut adalah kelebihan.
ii)Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan yang bersesuaian dalam tangga gaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.ATAU
iii)Bagi yang tidak mempunyai ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas dalam tangga gaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c.Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:i) Peperiksaan Jabatan (jika ada)ii) Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmataniii) Peraturan-Peraturan Kewangan
d.Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat dari Ketua Jabatan adalah merupakan satu kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1.Bertanggungjawab bagi mengetuai Bahagian Administration, Project Coordination and Sustainable Resource Management (Pentadbiran, Penyelerasan Projek dan Pengurusan Sumber Lestari) dibawah Pejabat Estet (CAMPUs – Campus Asset Management and Planning for University Life).
2.Bertanggunjawab bagi hal ehwal pentadbiran, sumber manusia berserta pembangunan dan kecekapan professional bagi warga Pejabat CAMPUs, UBD.
3.Membantu di dalam perancangan dan penyelarasan berserta pemantauan projek-projek di bawah kawalan Pejabat CAMPUs.
4.Membuat perancangan dan pelaksanaan bagi aspek pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar bagi mencapai kecekapan dan pematuhan terhadap dasar dan garispanduan yang telah ditetapkan bagi Universiti.
5.Memberi khidmat nasihat mengenai dengan hal ehwal perancangan, penyelarasan, pemantauan, kawalan, pengurusan, penganalisaan projek-projek di bawah Pejabat CAMPUs.
6.Bertanggungjawab untuk memastikan peruntukan adalah mencukupi dan besesuaian bagi melaksanakan projek-projek dibawah Pejabat CAMPUs berserta komitmen perbelanjaan yang diperuntukan pada Tahunan Kewangan.
7.Bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa-jawatankuasa berikut:-· Extension of Time and Variation Order (EOTVO);· Estate Project Coordination Meeting (EPCM);· Estate Encumbrance Monthly Meeting (EEMM);· Technical Project Implementation Meeting (TPIM);· Estate Administration Meeting· Infrastructure Cluster dibawah Sustainability Strategy Committee· Building and Resource Cluster dibawah Healthy University Committee
8.Melaksanakan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Estet atau pegawai atasan dari masa ke semasa.
MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONANPemohon-pemohon hendaklah melengkapkan permohonan melalui pautan: https://tinyurl.com/PTTKT1UBD2025Hendaklah memuat naik salinan sijil-sijil, Curriculum Vitae (CV) yang terkini dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap tidak lewat 09 Julai 2025.Pemohon-pemohon juga dikehendaki untuk menghadapkan salinan asal dokumen-dokumen yang lengkap (melalui Ketua Jabatan) seperti berikut:
  1. Satu (1) Laporan Sulit
  2. Salinan Prestasi bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya sangat baik)
  3. Satu (1) salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemaskinikan
Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:PEJABAT SUMBER TENAGA MANUSIAUNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAMJALAN TUNGKU LINK, GADONG BE1410NEGARA BRUNEI DARUSSALAM[U.P: BAHAGIAN PENGAMBILAN]Permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dilayan.Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hantar emel ke: admin.recruitment@ubd.edu.bnHanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi bagi urusan temu duga.Tarikh Iklan: 26 Jun 2025