
Enable job alerts via email!
Generate a tailored resume in minutes
Land an interview and earn more. Learn more
Sebuah syarikat penghantaran di Kuala Lumpur sedang mencari Pemandu Van/Lori Kecil. Anda akan bertanggungjawab untuk menghantar barang ke pelbagai lokasi dan harus memiliki lesen memandu kelas D yang sah. Tugas tambahan termasuk pemeliharaan kenderaan dan penyelenggaraan. Syarikat menawarkan gaji menarik, insurans perubatan, dan pelbagai faedah sosial. Kesediaan untuk bekerja lebih masa diperlukan.
Bertugas di pejabat sebagai Pemandu Van/Lori Kecil syarikat.
Melakukan tugas penghantaran barangan, dokumen, atau peralatan ke tapak projek (site) syarikat atau kepada pelanggan/pembekal.
Membantu dalam tugas-tugas am logistik dan penyelenggaraan pejabat yang diarahkan oleh penyelia
Memastikan paras minyak petrol/diesel kenderaan sentiasa mencukupi.
Menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan urusan perniagaan Pengarah Urusan yang mungkin didengari.
Mematuhi semua undang-undang jalan raya dan memandu dengan berhati-hati dan berhemah pada setiap masa.
Memiliki sekurang-kurangnya lesen memandu kelas D (Kereta) yang sah. Lesen-lesen yang lain adalah satu kelebihan.
Bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat, hujung minggu, atau cuti umum mengikut keperluan jadual Pengarah Urusan. (Bayaran kerja lebih masa (Overtime) akan dibayar mengikut peruntukan Akta Kerja 1955)
Permohonan pinjaman kenderaan dan rumah dari pihak Maybank akan mendapat pertimbangan yang lebih mudah kerana Syarikat AI Kencana Sdn Bhd merupakan pelanggan korporat Maybank.
Syarikat menawarkan pakej gaji bulanan yang menarik (berdasarkan pengalaman kerja) dan berpeluang mendapat bonus tahunan (berdasarkan prestasi kerja).
Syarikat membuat caruman KWSP, SOCSO dan SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) yang mengikut standard Akta Kerja 1955.
Syarikat menyediakan faedah perubatan kepada pekerja sekiranya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital (terhad kepada kelayakkan tahunan pekerja)
Berpeluang menyertai program sosial yang dianjurkan oleh pihak Syarikat termasuklah aktiviti sukan, konvoi bermotor serta aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk merapatkan silaturahim diantara pekerja dan mencipta suasana kerja yang kondusif.