A complete application in a minute
Tailored resume and cover letter, ready to send.
Belle Atelier Sdn Bhd di Subang Jaya mencari Pemandu Lori berpengalaman untuk menghantar kek dan produk bakeri ke cawangan syarikat mengikut jadual yang ditetapkan. Anda akan membantu operasi dapur, memuat naik dan memunggah barang serta memastikan lori sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Jawatan melibatkan tugas-tugas penghantaran harian, pembelian barang keperluan dapur jika diperlukan, dan mematuhi arahan pihak pengurusan.
Nama Syarikat: Belle Atelier Sdn Bhd
Lokasi: Subang Jaya, Selangor
Jawatan: Pemandu Lori
Pemandu Lori bertanggungjawab untuk menghantar kek dan produk bakeri ke cawangan syarikat dengan selamat dan mengikut jadual yang ditetapkan. Tugas ini juga merangkumi membantu Kitchen staff untuk loading atau unloading kek ke dalam atau keluar daripada lori, membeli bahan serta barangan keperluan operasi, dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan atau penyelia.
Menghantar kek dan produk bakeri ke cawangan syarikat mengikut jadual penghantaran harian.
Memastikan semua penghantaran dilakukan dengan tepat dan mengikut masa yang ditetapkan.
Membantu kitchen staff loading kek dan produk bakeri ke dalam lori.
Unloading dan menyusun produk dengan cermat di cawangan yang ditetapkan.
Memastikan semua barangan yang dibeli dihantar ke kitchen dengan keadaan selamat.
Membantu dalam urusan pembelian, penghantaran barangan dan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi di kitchen apabila diperlukan.
Memastikan lori sentiasa bersih, diselenggara dengan baik dan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Menggunakan lori syarikat dengan bertanggungjawab dan memastikan kenderaan digunakan untuk tujuan kerja yang dibenarkan sahaja.
Melaksanakan sebarang tugas tambahan atau tugasan yang diarahkan oleh pihak pengurusan atau penyelia.
Menjalankan semua tugas dengan penuh tanggungjawab serta mematuhi peraturan, polisi dan prosedur syarikat.
Mempunyai rekod pemanduan yang baik serta memahami peraturan keselamatan jalan raya.
Mampu mengendalikan kek dan produk bakeri dengan cermat.
Mampu mengikuti jadual penghantaran serta arahan daripada penyelia.
Bersedia membantu dalam urusan pembelian barangan dapur, urusan luar dan tugasan lain yang diarahkan.
Nota* Jumlah gaji yang dipaparkan tidak termasuk Overtime (OT).