Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
Rentokil Initial membuka jawatan Operator Dobi di Shah Alam. Anda akan mengendalikan mesin basuh dan pengering, memastikan pembersihan alas kaki dan penjagaannya mengikut piawaian kilang, serta menyertai latihan produk secara langsung dengan pengurus dan penyelia Laundry.
Gaji pokok menarik, latihan insentif, tarikh permulaan segera, dan peluang kerjaya disediakan. Calon perlu berdisiplin, mampu bekerja sebagai ahli pasukan, dan bersedia untuk bekerja lebih masa.
Apply for Laundry Operator - Glenmarie at Rentokil Initial in Shah Alam, M10, MY. This Full time on site position offers great opportunities for career growth.
Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami.
Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian ‘laundry’ seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya.
Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian ‘Laundry’.
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Peluang Sama Rata Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi.
Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka.
Lokasi: Rentokil Initial PJ, No. 3, Jalan U1/25A, Seksyen U1, Hicom Glenmarie, Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.