Get a reply from this employer
Your resume and cover letter, tailored to exactly what they’re hiring for.
Rentokil Initial Malaysia mengundang anda untuk menjadi Juruservis Hygiene. Jawatan ini melibatkan servis penukaran alas kaki, pewangi udara, sabun tangan, tisu tandas, serta hand sanitizer di premis pelanggan.
Anda akan berpeluang bekerja secara luar, mempromosikan perkhidmatan syarikat di bawah pengawasan Penyelia, dan membina hubungan kukuh dengan pelanggan sambil memenuhi laporan tepat pada masa.
Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 68,500 rakan sekerja di 90 buah negara.
Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, contohnya dengan mengawal makhluk perosak dan meningkatkan mutu kebersihan.
Kami pakar dalam bidang kami dan melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.
Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalah hak asasi semua rakan sekerjanya.
Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan yang kami telah tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.
Ketahui dengan lebih lanjut di careers.rentokil-initial.com
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka.
Rentokil Initial PJ, No. 3, Jalan U1/25A, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam.
(Harap maklum, pejabat operasi cawangan ini terletak di Shah Alam, manakala kawasan servis adalah di sekitar Port Klang/Klang).