
Enable job alerts via email!
Sebuah syarikat pengurusan pelancongan sedang mencari seorang pengurus untuk menyelaras operasi cawangan. Tugas termasuk memantau prestasi pengurus wilayah, merancang strategi jualan, dan memastikan kepatuhan SOP. Calon harus mempunyai 3-5 tahun pengalaman dalam pengurusan operasi/jualan serta kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang tinggi.
Bertanggungjawab menyelaras dan memantau keseluruhan operasi cawangan Andalusia merangkumi prestasi jualan, kualiti perkhidmatan, aktiviti pemasaran di cawangan serta prestasi semasa semua Pengurus Wilayah di seluruh Malaysia.
Mengawalselia aktiviti Pengurus Wilayah termasuk pembangunan prestasi dan keupayaan mereka dalam mengurus operasi cawangan.
Merancang strategi operasi dan jualan bagi semua cawangan Andalusia untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
Mengadakan mesyuarat mingguan bersama Pengurus Wilayah (RM), menyemak laporan prestasi mingguan dan bulanan serta mengenal pasti peluang peningkatan.
Memastikan kepatuhan terhadap SOP dan dasar syarikat di semua cawangan.
Pengalaman sekurang-kurangnya 3-5 tahun dalam pengurusan operasi/jualan, termasuk mempunyai pengalaman dalam peranan kepimpinan wilayah.
Mempunyai kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang tinggi.
Berfikiran analitik dan berkemampuan membuat keputusan strategik.
Latar belakang dalam industri perkhidmatan dan hospitaliti adalah satu kelebihan.
Personaliti proaktif, berdisiplin dan berorientasikan hasil (result-oriented).
PENGURUSAN PRESTASI: Mengawasi dan mengurus prestasi pelbagai cawangan di dalam wilayah untuk memastikan mereka mencapai dan melebihi sasaran jualan dan kepuasan pelanggan.
PERANCANGAN STRATEGIK: Membangun dan melaksanakan strategi wilayah untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan kecekapan operasi. Menyelaraskan matlamat wilayah dengan objektif keseluruhan syarikat.
PENGURUSAN KEWANGAN: Memantau dan mengurus bajet wilayah, perbelanjaan, dan prestasi kewangan. Memastikan keuntungan dan kesihatan kewangan cawangan.
LAPORAN: Menyediakan dan membentangkan laporan prestasi mingguan / bulanan kepada GM & pengurusan atasan di HQ. Memberikan pandangan dan cadangan berdasarkan analisis data dan trend pasaran.