Get more replies from employers
Send a job-specific resume in minutes.
Amove Resources Sdn Bhd di Johor Bahru sedang mencari operator forklift untuk mengendalikan operasi mengangkat, menyusun, menyimpan dan memindahkan barangan di gudang yang diluluskan. Anda perlu mematuhi prosedur keselamatan dan menghadiri latihan keselamatan yang dijadualkan.
Anda juga akan menjalankan pemeriksaan forklift sebelum dan selepas operasi, memastikan muatan tidak melebihi had kapasiti, serta menjaga forklift supaya sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.
- Mengendalikan forklift mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan bagi aktiviti mengangkat, menyusun, menyimpan, memindahkan, memuat dan memunggah barang di rak, pallet, ditapak/warehouse atau kawasan yang diluluskan.
- Melaksanakan pemeriksaan forklift sebelum dan selepas operasi, melaporkan sebarang kerosakan atau keperluan penyelenggaraan, serta menghentikan operasi sekiranya dikenal pasti risiko keselamatan.
- Mengikut laluan dan prosedur keselamatan yang ditetapkan di tapak/warehouse.
- Menghadiri latihan keselamatan dan toolbox meeting.
- Memastikan berat dan jenis muatan forklift sentiasa mematuhi had kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan risiko keselamatan.
- Memastikan dan menjaga forklift supaya berada dalam keadaan baik, selamat dan bersih.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan dari semasa ke semasa.