A complete application in a minute — tailored resume and cover letter, ready to send.
Jora Malaysia mencari pekerja untuk outlet piza di Johor. Terbuka kepada lepasan SPM/Sijil/diploma tanpa pengalaman; latihan disediakan. Anda akan terlibat dalam penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan, serta tugas kebersihan dan pengurusan stok.
Calon perlu fasih berbahasa Melayu, dan suntikan Typhoid adalah satu keperluan. Peluang bekerja dalam persekitaran pantas dengan latihan berterusan.
Jora Malaysia will close on 16th September 2026. Thank you for being with us, we are cheering you on as you continue your career journey.
Terbuka kepada lepasan SPM, Sijil, atau Diploma (Tiada pengalaman dialu-alukan kerana latihan akan diberikan).
Mempunyai personaliti yang ceria, proaktif, dan mampu bekerja dengan pantas (Fast-paced environment).
Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu. (Kebolehan berbahasa Inggeris adalah satu bonus).
Mempunyai suntikan Typhoid yang sah (atau bersedia untuk mengambil suntikan sebelum mula bekerja).
Penyediaan Makanan (Food Preparation):
Menyediakan doh protein tinggi dan menyusun topping pizza mengikut resipi standard syarikat.
Mengendalikan teknologi automated rail-oven untuk memastikan pizza dimasak sempurna dalam masa 5 minit.
Layanan Pelanggan (Customer Service):
Menyambut pelanggan dengan mesra dan ceria mengikut budaya hospitaliti Eat Pizza.
Menguruskan pesanan di kaunter (POS system) dan mengendalikan transaksi tunai/e-wallet dengan tepat.
Kebersihan & Keselamatan (Hygiene & Safety):
Menjaga kebersihan ruang dapur, kawasan membakar, dan ruang makan mengikut garis panduan Halal dan keselamatan makanan.
Melakukan pembersihan harian (closing/opening chores) bagi memastikan outlet sentiasa dalam keadaan terbaik.
Pengurusan Stok (Inventory Support):
Membantu memantau baki stok bahan mentah dan memaklumkan kepada penyelia jika bekalan berkurangan.
Memastikan penyimpanan bahan mentah dilakukan mengikut sistem FIFO (First In, First Out).
Kerjasama Pasukan (Teamwork):
Berkomunikasi secara efektif dengan rakan sepasukan untuk memastikan kelancaran operasi semasa waktu puncak (peak hours)